Pulau Dayang Bunting ialah sebuah pulau di Daerah Langkawi. Ianya merupakan pulau yang terbesar kedua selepas Pulau Langkawi. Ia terletak 17.6 km atau kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti Kuah, Langkawi. Jalan perhubungan hanya melalui bot laju yang boleh disewa di jeti pekan Kuah, pulau Langkawi dengan kadar pakej RM45.00 seorang.Pulau ini mendapat nama daripada kisah dongeng yang kononnya pulau ini seimbas lalu menyerupai dayang bernama Mambang Sari yang ditipu oleh Mat Teja sehingga membuatkan dia mengandungkan anaknya kerana terlampau mencintainya. Namun setelah 7 hari anaknya lahir, bayi tersebut menderita dengan penyakit yang penyakit misteri. Mambang Sari kemudiannya meletakkan anaknya ditasik itu lalu menyebabkan terjadinya lagenda tasik dayang bunting. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala , dada dan perut yang sedang bunting. Pulau Dayang Bunting ini juga menjadi tumpuan ramai pengunjung dari negara negara lain seperti Russia, England dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, destinasi ini amat bersesuain untuk dijadikan sebagai destinasi pelancongan dan perkelahan pada musi percutian.
GoTravel
Tuesday, October 23, 2018
TAMAN LAVENDER-CAMERON
Monday, October 22, 2018
TAMAN TEMA ESCAPE PULAU PINANG
Taman Tema Escape yang berkelas dunia ini yang asal tapak takungan air telah dibuka sejak November 2012, hasil idea dan kreativiti rakyat Malaysia Sim Choo Kheng. Beliau memang sangat berpengalaman menjadi perunding Taman Tema selama lebih 20 tahun. Antara keistimewaan yang terdapat di Taman Tema ini adalah mempunyai luncur air yang terpanjang di dunia. Antara aktiviti menarik di sini ialah lingkaran terowong air Tubby Tunnel, Banana Flip yang pertama didunia, Waveball pertama di Asia selain Play House bagi kanak-kanak dan lain -lain lagi. Harga tiket bagi memasuki Taman Tema ini juga adalah sangat berpatutan mengikuti kategori umur seperti dewasa, kanak-kanak dan warga emas. Ramai pengunjung dari luar negara seperi Singapura, Filipina dan sebagainya datang ke tempat ini untuk meluangkan masa bersama keluarganya pada musim cuti. Oleh itu, tempat ini amat bersesuaian bagi dijadikan sebagai tempat pelancongan bagi pengunjung sama ada dari luar negara atau di dalam negara.
PULAU PINANG PULAU BERMUTIARA
Pulau Pinang atau Penang merupakan merupakan sebuah negara bagian Malaysia, yang terdiri dari Pulau Pinang seluas 293km, dan Seberang Perai yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia seluas 760km.Asal namanya dari pohon pinang. Pulau Pinang adalah antara negeri yang termaju dan terkaya dalam Malaysia. Secara umumnya, Pulau Pinang juga dikenali sebagi Pulau Mutiara. Pulau Pinang merupakan sebuah pulau yang sangat terkenal di Asia Tenggara kerana adaya pelbagai jenis makanan, warisan dan budaya. Pulau Pinang ini menawarkan pelbagai pantai-pantai yang indah dengan bukit-bukau yang sangat menyenangkan hati para pelancong.
Bagi memelihara warisan silam, terdapat pelbagai struktur-struktur bangunan yang bersejarah di Pulau Pinang. Antara bangunan bersejarah yang terdapat di Pulau Pinang adalah Bangunan Fort Cornwallis. Kota Cornwallis ini telah dibina oleh Francis Light setelah empat hari beliau mendarat di Tanah Melayu dan orang-orang buangan dari india telah digunakan untuk pembinaan kota tersebut. Selain itu, terdapat juga pantai-pantai yang terkenal di Pulau Pinang seperti Tanjung Bungah, Batu Feringhi dan Teluk Bahang yang menawarkan pemandangan yang indah pulau tropika.
Dengan ini, para pengunjung dapat tahu bahawa Pulau Pinang ini mempunyai pelbagai kelestarian alam sekitar yang boleh kita menikmati dan juga tetap akan menarik minat para pegunjung untuk melancong di Pulau Bermutiara ini.
Monday, October 15, 2018
PARADISE PASAR MALAM
Pasar Malam merupakan konsep pasar atau bazaar yang perniagaannya dimulakan pada waktu petang sehingga waktu malam.Ia merupakan sejenis pasar jalanan yang terdapat di Malaysia, Singapura dan Indonesia terutamanya di kawasan perumahan. Di pasar malam terdapat pelbagai gerai mudah alih, yang menjual barang-barang seperti makanan dan hasil tani seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan barangan basah yang lain. Barangan lain seperti permainan, perkakasan, baju dan sebagainya ada dijual. Ia menarik banyak orang mengnjiunginya kerana harga barang yang berpatutan. Pasar malam hanya dibuka beberapa malam dalam seminggu, kerana peniaga berpindah-randah ke kawasan berlainan setiap hari sepanjang minggu. Tawar menawar merupakan amalan biasa di pasar malam sedemikian.
Di Malaysia, Pasar Malam biasanya diatur di jalan tertutup sementara untuk kenderaan dan dibuka untuk perjalan kaki pada petang sehingga larut malam. Pasar Malam ini dibuka di lokasi tertentu kerana dibuka setiap hari pada waktu malam atau beberapa waktu dalam seminggu, jalan sempit dan sibuk juga alasan keselamatan. Pasar Malam akan dibuka di Tapak Pasar Malam pada waktu malam yang menggambarkan ruang peruntukkan yang menukar tempat letak kereta pada waktu siang. Kebanyakkan penjual tempatan menjual pelbagai jenis makanan panas dan makanan tempatan dari latar belakang Melayu, Cina dan India yang terkenal dan juga sukar dicari, buah-buahan segar dan sayur-sayuran, ikan segar dan makanan laut aging segar dan ayam segar, pakaian, akesesori wanita dan sebagainya. Gambar diatas menunjukkan suasana di pasar malam secara umum. Dengan ini, para rakyat dapat mengetahui sedikit secara umum tentang apa itu pasar malam.
Di Malaysia, Pasar Malam biasanya diatur di jalan tertutup sementara untuk kenderaan dan dibuka untuk perjalan kaki pada petang sehingga larut malam. Pasar Malam ini dibuka di lokasi tertentu kerana dibuka setiap hari pada waktu malam atau beberapa waktu dalam seminggu, jalan sempit dan sibuk juga alasan keselamatan. Pasar Malam akan dibuka di Tapak Pasar Malam pada waktu malam yang menggambarkan ruang peruntukkan yang menukar tempat letak kereta pada waktu siang. Kebanyakkan penjual tempatan menjual pelbagai jenis makanan panas dan makanan tempatan dari latar belakang Melayu, Cina dan India yang terkenal dan juga sukar dicari, buah-buahan segar dan sayur-sayuran, ikan segar dan makanan laut aging segar dan ayam segar, pakaian, akesesori wanita dan sebagainya. Gambar diatas menunjukkan suasana di pasar malam secara umum. Dengan ini, para rakyat dapat mengetahui sedikit secara umum tentang apa itu pasar malam.
Subscribe to:
Posts (Atom)