Pulau Dayang Bunting ialah sebuah pulau di Daerah Langkawi. Ianya merupakan pulau yang terbesar kedua selepas Pulau Langkawi. Ia terletak 17.6 km atau kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti Kuah, Langkawi. Jalan perhubungan hanya melalui bot laju yang boleh disewa di jeti pekan Kuah, pulau Langkawi dengan kadar pakej RM45.00 seorang.Pulau ini mendapat nama daripada kisah dongeng yang kononnya pulau ini seimbas lalu menyerupai dayang bernama Mambang Sari yang ditipu oleh Mat Teja sehingga membuatkan dia mengandungkan anaknya kerana terlampau mencintainya. Namun setelah 7 hari anaknya lahir, bayi tersebut menderita dengan penyakit yang penyakit misteri. Mambang Sari kemudiannya meletakkan anaknya ditasik itu lalu menyebabkan terjadinya lagenda tasik dayang bunting. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala , dada dan perut yang sedang bunting. Pulau Dayang Bunting ini juga menjadi tumpuan ramai pengunjung dari negara negara lain seperti Russia, England dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, destinasi ini amat bersesuain untuk dijadikan sebagai destinasi pelancongan dan perkelahan pada musi percutian.
No comments:
Post a Comment