Monday, October 22, 2018

PULAU PINANG PULAU BERMUTIARA




  Pulau Pinang atau Penang merupakan merupakan sebuah negara bagian Malaysia, yang terdiri dari Pulau Pinang seluas 293km, dan Seberang Perai yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia seluas 760km.Asal namanya dari pohon pinang. Pulau Pinang adalah antara negeri yang termaju dan terkaya dalam Malaysia. Secara umumnya, Pulau Pinang juga dikenali sebagi Pulau Mutiara. Pulau Pinang merupakan sebuah pulau yang sangat terkenal di Asia Tenggara kerana adaya pelbagai jenis makanan, warisan dan budaya. Pulau Pinang ini menawarkan pelbagai pantai-pantai yang indah dengan bukit-bukau yang sangat menyenangkan hati para pelancong.

Bagi memelihara warisan silam, terdapat pelbagai struktur-struktur bangunan yang bersejarah di Pulau Pinang. Antara bangunan bersejarah yang terdapat di Pulau Pinang adalah Bangunan Fort Cornwallis. Kota Cornwallis ini telah dibina oleh Francis Light setelah empat hari beliau mendarat di Tanah Melayu dan orang-orang buangan dari india telah digunakan untuk pembinaan kota tersebut. Selain itu, terdapat juga pantai-pantai yang terkenal di Pulau Pinang seperti Tanjung Bungah, Batu Feringhi dan Teluk Bahang yang menawarkan pemandangan yang indah pulau tropika.

Dengan ini, para pengunjung dapat tahu bahawa Pulau Pinang ini mempunyai pelbagai kelestarian alam sekitar yang boleh kita menikmati dan juga tetap akan menarik minat para pegunjung untuk melancong di Pulau Bermutiara ini.

No comments:

Post a Comment