Monday, October 22, 2018

TAMAN TEMA ESCAPE PULAU PINANG


Taman Tema Escape yang berkelas dunia ini yang asal tapak takungan air telah dibuka sejak November 2012, hasil idea dan kreativiti rakyat Malaysia Sim Choo Kheng. Beliau memang sangat berpengalaman menjadi perunding Taman Tema selama lebih 20 tahun. Antara keistimewaan yang terdapat di Taman Tema ini adalah mempunyai luncur air yang terpanjang di dunia. Antara aktiviti menarik di sini ialah lingkaran terowong air Tubby Tunnel, Banana Flip yang pertama didunia, Waveball pertama di Asia selain Play House bagi kanak-kanak dan lain -lain lagi. Harga tiket bagi memasuki Taman Tema ini juga adalah sangat berpatutan mengikuti kategori umur seperti dewasa, kanak-kanak dan warga emas. Ramai pengunjung dari luar negara seperi Singapura,  Filipina dan sebagainya datang ke tempat ini untuk meluangkan masa bersama keluarganya pada musim cuti. Oleh itu, tempat ini amat bersesuaian bagi dijadikan sebagai tempat pelancongan bagi pengunjung sama ada dari luar negara atau di dalam negara.

No comments:

Post a Comment