Monday, October 15, 2018

PARADISE PASAR MALAM

Pasar Malam merupakan konsep pasar atau bazaar yang perniagaannya dimulakan pada waktu petang sehingga waktu malam.Ia merupakan sejenis pasar jalanan yang terdapat di Malaysia, Singapura dan Indonesia terutamanya di kawasan perumahan. Di pasar malam terdapat pelbagai gerai mudah alih, yang menjual barang-barang seperti makanan dan hasil tani seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan barangan basah yang lain. Barangan lain seperti permainan, perkakasan, baju dan sebagainya ada dijual. Ia menarik banyak orang mengnjiunginya kerana harga barang yang berpatutan. Pasar malam hanya dibuka beberapa malam dalam seminggu, kerana peniaga berpindah-randah ke kawasan berlainan setiap hari sepanjang minggu. Tawar menawar merupakan amalan biasa di pasar malam sedemikian.


Di Malaysia, Pasar Malam biasanya diatur di jalan tertutup sementara untuk kenderaan dan dibuka untuk perjalan kaki pada petang sehingga larut malam. Pasar Malam ini dibuka di lokasi tertentu kerana dibuka setiap hari pada waktu malam atau beberapa waktu dalam seminggu, jalan sempit dan sibuk juga alasan keselamatan. Pasar Malam akan dibuka di Tapak Pasar Malam pada waktu malam yang menggambarkan ruang peruntukkan yang menukar tempat letak kereta pada waktu siang. Kebanyakkan penjual tempatan menjual pelbagai jenis makanan panas dan makanan tempatan dari latar belakang Melayu, Cina dan India yang terkenal dan juga sukar dicari, buah-buahan segar dan sayur-sayuran, ikan segar dan makanan laut aging segar dan ayam segar, pakaian, akesesori wanita dan sebagainya. Gambar diatas menunjukkan suasana di pasar malam secara umum. Dengan ini, para rakyat dapat mengetahui sedikit secara umum tentang apa itu pasar malam.














No comments:

Post a Comment